lets looking forward.....whatever have passed just left it behind...so!!!lets ENJOY!!!!yeAA!!!hee~~~

Saturday 31 March 2012

pergi....tanpa kata



“Aduhh sakitnya”

Tak semua orang boleh terima perpisahan
Kadangkala merasa serik untuk menyayangi orang lain 
Perpisahan itu menyakitkan
Menyayangi itu adalah kebahagiaan




Namun
Bila kita berfikir secara positif
Sebenarnya
Menyayangi itu lebih menyakitkan dari melepaskan sayang
Kerana
Bila kita menyayangi seseorang
Lebih-lebih lagi disaat-saat hubungan dalam keretakkan
Sebelah pihak pasti akan terluka
Menunggu masa melafazkan ”PERPISAHAN”




Andai dalam hubungan bila kita merasa perubahan yang ketara dalam perhubungan
Kehambaran kemesraan
Bersedialah untuk melepaskan
Walau hakikatnya hati masih sayang
Memang bukan mudah melihat orang yang kita sayang berlalu pergi




Namun
Percayalah
Kebahagian dalam perpisahan itu lebih bermakna dari
Kekecewaan dalam mencintai
Sakit hati melepaskan
Namun lebih sakit lagi hati
Bila kita tidak dihiraukan
Kita tau kesudahan nya
Namun berkeras menidakkan
Terima lah hakikat bahawa hubungan tak mungkin akan kekal tanpa perasaan kasih dan sayang

Jangan pula kita menyalahkan dia bila kita tidak diperlukan lagi
Bukankah manusia tidak sempurna
Begitu juga dia
Mungkin kekecewaan yang kita rasa akan berganti kebahagiaan yang kita sendiri tidak sedar
Doakan dia bahagia
Kerana bila kita mendoakan kebahagiaan dia
Kita akan dibalas dengan kebahagiaan juga
Tanamkan dalam hati
“Aku bahagia,bila dia bahagia”
Kerana mencintai bukan bererti memilikI


JUST FOR YOU... 

awak, saya tau saya banyak sangat kekurangan dan kelemahan. saya sedar semua tu, tapi saya dah cuba jadi yang terbaik untuk awak. saya dah cuba sedaya upaya saya. saya dah korbankan segalanya untuk melihat awak tersenyum dan bahagia. saya betul-betul tak sangka awak sanngup lukakan hati saya lagi dan lagi. hancur sangat hati saya awak. Allah saja yang tau betapa hebatnya saya berperang dengan perasaan di saat terpaksa melepaskan awak. Dan sampai saat saya buat coretan nie, air mata saya masih mengalir. saya tak kuat macam awak, awak ada dia tapi saya sorang-sorang awak. saya cuba tabahkan hati tapi saya manusia biasa awak. Bila malam saya tidur, saya selalu terjaga sebab teringatkan awak.



awak, macam mana saya nak sembunyikan kesedihan saya? kita bukan baru kenal tapi dah lama awak. awak tak fikir ke apa yang kita dah lalui selama nie? susah senang kita bersama awak. takpelah awak, ini takdir untuk kita. saya cuba terima dengan seikhlas hati yang awak tak lagi memilih bersama dengan saya, cuma saya nak awak tau yang awak sorung jer dunia akhirat saya. saya doakan awak bahagia dan saya cuma pohon ketenangan dari tuhan untuk saya teruskan hidup. terima kasih kerana pernah bahagiakan saya dan buat saya tersenyum. maafkan segala kesalahan saya pada awak selama kita kenal." 




INFO....
*Perkara yang sukar untuk orang lakukan ialah melepaskan cintanya pergi. Perlu tahu jika kita sayangkan seseorang kita kena biarkan ia pergi, jika dia kembali pada kamu dia memang ditakdirkan untuk bersama dan jika dia tak pernah kembali maknanya dia bukan untuk kamu.
~intan juaini~

No comments:

Post a Comment

~My Songs~